Sekiranya anda sakit atau cedera dan didapati perlu merujuk doktor pakar dan dimasukkan ke wad, rujuk prosedur berikut untuk kemasukan ke wad menggunakan 'Medical Card' PruBSN:

- Terus ke hospital panel (rujuk panel hospital terkini) dan kemukakan
Medical Card PruBSN Takaful di 'admission suite' untuk pendaftaran pesakit

- Tunggu proses kelulusan jaminan daripada PruBSN berdasarkan laporan pengesahan benar-masuk oleh doktor hospital panel
- Terdapat sesetengah hospital panel memerlukan anda membuat bayaran deposit yang minima (sekitar RM200-RM500)
- Pemegang polisi PruBSN dimasukkan ke wad dan menerima rawatan
- Setelah pulih dan semasa dibenarkan pulang, hospital akan menguruskan tuntutan bil rawatan secara online kepada pihak PruBSN
- PruBSN pemegang polisi menandatangani bil akhir selepas mendapat pengesahan jaminan oleh PruBSN
- Pemegang polisi menerima baki deposit atau membayar caj lebihan eg. co-takaful atau lain-lain caj perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan seperti suratkhabar, perkhidmatan telefon dan sebagainya (jika ada)
- Dalam masa 4 minggu, pemegang polisi akan menerima manfaat Elaun Hospital Harian dalam bentuk cek sekiranya bermalam di wad melebihi 6 jam. eg. Sekiranya anda mengambil elaun hospital harian sebanyak RM200 sehari dan anda telah bermalam di wad selama 5 hari, anda akan di bayar sebanyak rm1,000. Manfaat lain yang berkaitan adalah Elaun Cuti Sakit (jika tidak dapat bekerja akibat cedera kemalangan), Elaun Pembedahan (jika terdapat prosedur pembedahan).