Pengeluaran Simpanan

Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati pulangan simpanan hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan akan datang misalnya, mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.


Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walaubagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran tidaklah sama seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji. Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful contohnya; RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, perlindungan yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun-1 hingga tahun ke-3 agak rendah.